Sunday 24 March 2013

Temuduga!!!!



SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN:

  1. Ahli Syurga Dari Awal
  2. Ahli Neraka Dari Awal
  3. Ahli Neraka sementara kemudian akan dilantik jadi Ahli Syurga


4 GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):

  1. nikmat kubur
  2. perlindungan di Padang Masyar
  3. keselamatan meniti Titian Sirat
  4. Syurga yang kekal abadi


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca artikal ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu membawa sijil-sijil
Anda tidak perlu membawa pingat
Anda tidak perlu membawa wang atau harta yang banyak
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi
Sila bawa dokmen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir

6 SOALAN BOCOR:

  1. Siapa Tuhan anda?
  2. Apa Agama anda?
  3. Siapa Nabi anda?
  4. Apa Kitab anda?
  5. Di mana Kiblat anda?
  6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.
Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). 
Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan 
bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini : Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguh jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang2 yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya akan diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat, "dari arasku tidak ada jalan masuk". Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya, "dari arasku tidak ada jalan masuk."

Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya, "dari arasku tiada jalan masuk."

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan, "dibahagianku tiada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya, "Duduklah kamu."

Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu, "Apakah pandangan kamu tentang seoran lelaki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?" Maka berkata mayat itu, "Tinggalkan aku sebentar, aku hendak solat.

Maka berkata malaikat, "Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab terlebih dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tantang seorang lelaki bernama Muhammad yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya, dan bagaimana penyaksian kamu terhadapnya? Maka berkata mayat itu,"Lelaki itu ialah Nabi Muhammad SAW dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allahyang membawa kebenaran daripada Allah. Maka malaikat berkata kepada mayat itu,"Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat. Insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

#Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!.

Wallahu-alam.. Semoga kita berjaya dalam temuduga ini.....Insya'Allah...


Monday 7 January 2013

Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012

Sepanjang tahun 2012 yang lalu, Majlis Tertinggi Mupis Sesi 2011/2012 telah mengadakan beberapa aktiviti khas untuk pelajar Institut Profesional Baitulmal. Alhamdulillah, semua aktiviti tersebut telah berjaya dilaksanakan oleh jawatankuasa pelaksana yang telah dilantik untuk menguruskan aktiviti-aktiviti tersebut. Tahniah untuk mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Jadi, berikut adalah segala program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012 ini. 


1. Forum Maulidur Rasul "Cinta Allah, Cinta Rasulullah". 
Tarikh : 9 Februari 2012
Tempat : Lobi Aspuri
                             

Inilah panel jemputan yang hadir pada malam tersebut. Dari kanan ialah Hafiz Bai, Dr Harlina Siraj & Pn Asiah.

Muslimin yang telah hadir hari tersebut.
Pelajar IPB yang memeriahkan majlis.
Kakitangan yang hadir pada malam tersebut.

2. Ihya' Tawakal 7
Tarikh : 1 Mac 2012
Tempat : Lobi Aspuri




3. Rehlah Ukhuwwah Harmoni (RUH)

Tarikh : 23 Jun 2012
Tempat : Taman Botani, Shah Alam.




    

4. Forum "Bicara Ramadhan" dan Qiamullail Perdana.
Tarikh : 13 dan 14 Julai 2012
Tempat : Masjid Al-Imam Ash-Shafie






5. Lawatan Ilmu
Tarikh : 4 Ogos 2012
Tempat : Pusat Pelupusan Al-Quran, Hulu Langat.








6. Ihya' Tawakal 8
Tarikh : 12 September 2012
Tempat : Dataran IPB








7. Bulatan Gembira 
Tarikh : 17 Julai 2012
Tempat : Lobi Aspuri






Thursday 27 December 2012

Assalamualaikum w.b.t...

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 18 Disember 2012 yang lepas telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan Mupis bagi sesi 2012/2013. Alhamdulillah, semua saf qiyadah baru telah pun dilantik. Diharapkan Mupis ini akan terus maju ke hadapan di bawah saf qiyadah 2012/2013 ini. Kepada mantan-mantan saf qiyadah yang terdahulu, diucapkan tahniah dan terima kasih kerana terus memajukan Mupis. Tunjuk ajar daripada kalian amat diperlukan sekiranya kami saf qiyadah yang terkini ada melakukan kesilapan. Insya'Allah, dengan izin Yang Maha Esa semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Saturday 17 November 2012

Purdah & niqab : Adakah sekadar fesyen?




Entri kali ini penulis berasa terpanggil untuk membicarakan perkara yang berkaitan serba sedikit mengenai purdah / niqab / penutup muka dan sebagainya yang kini kian menjadi tarikan terhadap para wanita untuk mengamalkannya.
Sebelum meneruskan apa jua pandangan dan kritikan, ingin sekali penulis ketengahkan ayat-ayat Al-Quran sebagai pemula bicara. Moga hati-hati yang membacanya dapat menela'ah apa yang tersirat pada setiap tafsiran ayat ini. 
"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Ahzab ayat 59)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,
"Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja."
(Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
Manakalah Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59),
"Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu." 
(Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Kemudian diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,
"Wanita itu menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya." 
(juga Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
As-Suyuthi berkata,
"Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita."
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah)
Perintah menghulurkan jilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa dalil:
1. Makna jilbab itu sendiri di dalam bahasa Arab adalah: Pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya daripada hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua hujung kakinya.
2. Yang biasa nampak pada sebahagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam serta isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna' (pada ayat tersebut يُدْنِينَ -ed) yang ditambahkan huruf (عَلَي) mengandungi makna menghulurkan dari atas. Maka jilbab itu diulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.
3. Menutupi wajah, baju, dan perhiasan dengan jilbab itulah yang difahami oleh wanita-wanita sahabat.
4. Dalam firman Allah: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu", merupakan dalil kewajipan hijab dan menutup wajah bagi isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, tidak ada perselisihan dalam hal ini di antara kaum muslimin. Sedangkan dalam ayat ini isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam disebutkan bersama-sama dengan anak-anak perempuan beliau serta isteri-isteri orang mukmin. Ini bererti hukumnya mengenai seluruh wanita mukmin.
5. Dalam firman Allah: "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." Menutup wajah wanita merupakan tanda wanita baik-baik, dengan demikian tidak akan diganggu. Demikian juga jika wanita menutupi wajahnya, maka lelaki yang rakus tidak akan berkeinginan untuk membuka anggota tubuhnya yang lain. Maka membuka wajah bagi wanita merupakan sasaran gangguan dari lelaki nakal/jahat. Maka dengan menutupi wajahnya, seorang wanita tidak akan memikat dan menggoda lelaki sehingga dia tidak akan diganggu.
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 52-56, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap seluruh muslimah di atas muka bumi ini kerana bilangan kamu semakin bertambah dan semakin berkembang.
Pembudayaan berpurdah semakin menjadi popular dewasa ini setelah pereka fesyen busana muslimah dengan rela hati mengambil purdah sebagai trademark terhadap rekaan fesyen mereka. Itu merupakan antara halnya yang berkaitan fesyen terkini akan tetapi apa yang penulis ingin kongsikan bersama bukanlah berkenaan fesyen berpurdah akan tetapi sejauh mana pengunaan purdah itu mampu menjadikan seseorang muslimah itu anggun dari segi imannya, akhlaknya dan perwatakannya sebagai srikandi Islam yang asli.
Apabila ditanya " Kenapa berpurdah?" kepada muslimah yang telah menggamalkan pemakaian purdah maka terdapatlah pelbagai jawapan yang kadangkala enak di dengar dan adakalanya berasa jelek dan tertanya-tanya dengan jawapan yang diberikan oleh penggamal purdah. Antara jawapan yang dapat dikongsi bersama adalah :
" Saya pakai purdah sebab tertarik dengan kawan-kawan yang pakai purdah."
 " Pakai purdah membuatkan saya lebih yakin diri untuk berhadapan dengan masyarakat."
 " Nampak cantiklah pakai purdah, sebab tu saya tertarik untuk berpurdah."
 " Benda nie susah nak ceritalah ustaz, maybe lebih kepada gerak hati kot."
" ... dah budaya sekeliling ramai yang berpurdah, so saya ikut jelah."
" Ramai kata lebih selamat dari gangguan lelaki kalau kita berpurdah."
 " Lebih muslimah sikit kalau berpurdah ustaz."
Walau apa pun jawapan yang terpacul dari mulut muslimah yang berpurdah ianya tidak menjadi masalah kerana mereka telah pun berjaya mempamerkan kelainan dan perbezaan di antara wanita muslimah dan wanita kebanyakkan lainnya. Tahniah diucapkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah dan bersyukurlah kerana anda berjaya membawa perwatakan muslimah yang lebih jitu di dalam kehidupan seharian anda.
Cumanya ada beberapa perkara yang penulis ingin titik beratkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah, ianya berkaitan niat anda dalam pemakaian purdah. Niat yang berlegar dihati setiap manusia tidak akan dapat diketahui sepenuhnya oleh makhluk dan ianya hanya terletak di bawah pengetahuan Tuan kepada makhluk iaitu Allah Azzawajalla.
Apabila menyebut perkataan NIAT ini, penulis teringat dengan beberapa jawapan dari pemuda-pemuda amnya setelah diajukan persoalan " Agaknya mengapa wanita berpurdah? ", antaranya :
 " Sebab dia lawa la yang dia pakai purdah, takut muka dia yang cantik tu menjadi fitnah terhadap mata-mata lelaki yang memandang."
 " Muka tak lawa la tu. Lau pakai purdah nampak cun sikit yer dak ustaz, ke camne? ".
" Ikut-ikut member la tu. Balek mesia kang kompem tak pakai dah."
" Fesyen bos."
" Rasa best sangat la kot pakai purdah."
 " Lantak diorang la nak pakai purdah, bukan kaco hidup ku pon. Hak diorang, pedulikanlah."
Pedulikan apa sahaja kata pemuda-pemuda tentang diri anda yang berpurdah. Anda yang mengetahui apa yang terkandung di dalam hati anda. Cuma perlu diingatkan, memakai purdah bukan sekadar ikut-ikutan, ingin menutup kelemahan diri atau demi panggilan fesyen yang pastinya tidak akan berkesudahan.
Ikhlaskanlah hatimu Lillahi Ta'ala agar pengamalanmu boleh dikira pahala di sisi Allah dan moga-moga dengan niat yang ikhlas itu kelak mampu untuk menuntun dirimu ke syurga. Maka bagi pemakai purdah yang sebelum ini tersasar jauh dari niat yang ikhlas Lillahi Ta'ala mari bersama perbaharui niat yang lama kepada niat yang baru
" Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku ingin mendekatkan diri kepadaNya."
Setelah niat diperbaharui perlu ada beberapa lagi ciri yang perlu anda penuhi bagi mencapai tingkat sebenar sebagai seorang pemakai purdah, antaranya :
1. Santun dan tegas dalam berbicara.
2. Tidak melirikkan mata dalam apa jua keadaan.
3. Jangan tabarruj dalam menghiasi mata.
4. Merasakan diri masih banyak kekurangan.
5. Menghindar body language.
6. Lebih ramah sesama wanita lain.
7. Hindar sifat merasa diri mulia.
8. Menggelak dari menutur kalam lagha / berjidal.
9. Mengorbankan diri dalam dakwah dengan lebih konsisten.
10. Berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslimah.

Begitulah di antara beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan kepada pemakai purdah. Apabila anda telah menyarungkan purdah ke muka anda maka bertimpa-timpalah bebanan kerja yang wajib anda pikul dengan berhati-hati agar ianya tidak bertaburan dan keciciran. Dan yang paling penting agar ianya tidak menjadi fitnah ke atas Islam itu sendiri.
Sekiranya anda tertinggal salah satu di antara ciri-ciri yang penulis sebutkan tadi maka boleh dikatakan secara automatiknya anda tidak lagi bergelar srikandi yang membawa imej Islam akan tetapi anda akan bertukar menjadi virus perosak kepada imej Islam yang mulia.
Semoga apa yang diperkatakan penulis ini dipandang sebagai satu perkongsian dan moga-moga ianya tidak dianggap ancaman oleh seluruh warga muslimah yang berpurdah. Semoga anda yang berpurdah berjaya menyelami hakikat kemanisan iman dan juga berjaya menggapai tingkat cinta dan sayangkan Allah serta Rasulullah SAW.
Wallahu wa Rasuluhu a'lam..

Thursday 15 November 2012

Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus - Astro Oasis



Terlebih dahulu pihak kami ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak update entri blog kami...
insyaallah lepas nie,blog mupis akan berjalan seperti biasa.. kami akan perbanyakkan perkongsian tentang ilmu agama di blog kami sama ada video,audio or teks tazkirah..
harap korang dpt menerimanya ok.. 


kemah keming Ustaz Azhar Idrus - Ep1



kemah keming Ustaz Azhar Idrus - Ep2 



kemah keming Ustaz Azhar Idrus - Ep3

p/s: selamat menonton.